mpob.com.cn others-Malay
Bahasa MelayuBahasa Inggeris
w3c
Tarikh Kemaskini :Khamis 21 September 2017, 16:19
Am PDF Cetak E-mail

1-

PEMINDAHAN TEKNOLOGI


Objektif utama Penyelidikan dan Pembangunan di MPOB adalah untuk memindahkan teknologi kepada industri. MPOB mengalu-alukan permohonan usahawan untuk mengguna pakai teknologinya bagi pengkomersilan mengikut terma-terma dan syarat yang dipersetujui.

2-

BENTUK-BENTUK PEMINDAHAN TEKNOLOGI/USAHA SAMA


MPOB secara amnya tidak terlibat secara langsung dalam perkilangan, pemprosesan atau pemasaran komersil. Kami melesenkan teknologi kami kepada pihak-pihak berminat yang akan bertanggungjawab mengilang dan memasarkan produk-produk terbabit.


2.1 Pelesenan

MPOB akan memberi lesen kepada pihak-pihak yang berminat untuk mengguna pakai paten dan teknologi baru bagi tujuan pengkomersilan mengikut terma-terma dan syarat yang dipersetujui termasuklah bayaran royalti. Perkilangan dan pemasaran akan dilaksanakan oleh pemegang lesen. Royalti perlu dibayar oleh pemegang lesen dalam bentuk peratus jualan atau bayaran sekaligus atau kedua-duanya sekali. Lesen yang diberi mungkin bersifat eksklusif dan juga tidak eksklusif.

2.2 Pembangunan Loji Perintis

Sekiranya perlu, MPOB akan melaksanakan tugas pembangunan yang lebih lanjut dengan pihak-pihak yang berminat pada peringkat awal loji perintis. Kos boleh dirunding dan bantuan kerajaan juga boleh dipohon.

2.3 Kemudahan Inkubator

MPOB membenarkan kemudahannya digunakan untuk percubaan perkilangan dan pemasaran produk tertakluk pada bayaran yuran. Ini membolehkan usahawan menguji produk dan pasaran pada skala kecil sebelum memutuskan untuk melabur dalam loji perkilangan secara besar-besaran.

2.4 Perundingan

(i)

Jika perlu, tenaga penyelidik MPOB akan terus memberi sokongan teknikal walaupun selepas perkilangan komersil dilaksanakan. Yuran perundingan mungkin dikenakan untuk tujuan ini.

(ii)

MPOB juga menyediakan perkhidmatan perundingan bagi membantu industri minyak sawit memohon penggunaan hasil penyelidikan MPOB dalam operasi industri.

2.5 Usaha Sama R&D

MPOB berusaha sama dengan pihak-pihak luar untuk membangunkan beberapa teknologi tertentu yang saling diminati berdasarkan terma-terma dan syarat yang dipersetujui bersama. Teknologi ini seterusnya akan dipindahkan kepada industri seperti yang dinyatakan di atas.

3-

PENCAPAIAN


Kebanyakan teknologi dan produk yang dibangunkan oleh MPOB telah berjaya dikomersilkan. Antaranya ialah minyak sawit merah, galah penuai aluminium,  pemunggah (pemungut) mekanikal, dakwat berasaskan sawit, campuran marjerin dan minyak yang baik untuk kesihatan, sabun susu kambing dan produk penjagaan diri. Anda dijemput untuk melihat senarai teknologi kami yang terkini dan juga yang telah dilancarkan sebelum ini dan jangan teragak-agak untuk menghubungi kami sekiranya anda berminat untuk mengguna pakai peluang pengkomersilan ini.

 
2016 fb
2016 twiter 2016 utube 2017 infografik icon
2016 virtualTour 2016 smsInfo 2016 mpobTV 2017 PalmApps
 

Sub Agencies Gateway

portsim 2017 washingtonDC 2017 economicstatistic 2016 health-facts 2017 sustainability jopr 2014_MyOPGP 2015_MSPO 2016 skim-opimis 2016 nkea 2016 health-facts 2015_koml

Harga-Harga Harian CPO

Kalendar Acara

« < September 2017 > »
S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Pelawat

Visitor :

since May 1,2000

PETA LAMAN | BANTUAN  PENAFIANPERLINDUNGAN DATA | KESELAMATAN PENYIMPANAN | DASAR PRIVASI
Email : general@mpob.gov.my | Mobile Web : Auto detect by mobile Hakcipta © Malaysian Palm Oil Board 2010
6, Persiaran Institusi Bandar Baru Bangi | 43000 Kajang Selangor | P.O. Box 10620 | 50720 Kuala Lumpur | Tel: 603-8769 4400 | Fax: 603-8925 9446
Paparan terbaik 1024 x 768 pixel dan keatas, dan sesuai dengan pelayan berikut.
Anda mungkin memerlukan perkara berikut untuk melihat bahagian tertentu dalam portal ini.