mpob.com.cn others-eng
Bahasa MelayuBahasa Inggeris
w3c
Tarikh Kemaskini :Khamis 13 Jun 2013, 14:10
Kata-Kata Pengantar Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia PDF Cetak E-mail

Datuk Dr. Choo Yuen May Industri sawit merupakan tunjang kepada ekonomi Malaysia dan menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi secara berterusan. Tindakan segera diperlukan dalam memastikan ianya memenuhi keperluan industri pada masa kini. MPOB sebagai pemacu industri minyak sawit bertanggungjawab menyahut cabaran ini melalui kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan. MPOB berusaha berterusan lebih dari tiga dekad dalam penyelidikan mengenai minyak sawit. Beberapa teknologi telah berjaya mengalami peralihan dari makmal kepada industri. MPOB bercita-cita untuk meningkatkan pencapaian dan keuntungan kepada industri minyak sawit negara. Pembangunan Ekologi dan Ekonomi mapan menjadi pegangan industri minyak sawit dan MPOB akan berterusan memainkan peranan sebagai penggerak dalam usaha ini. Komitmen MPOB telah diakui dan dihargai melalui pelbagai anugerah, yang terbaru merupakan Anugerah Frost & Sullivan 2010, Keunggulan dalam Penyelidikan dan Inovasi. Sumbangan MPOB adalah pelbagai namun tujuan utama adalah seperti misi kami: "Untuk meningkatkan kesejahteraan industri minyak sawit Malaysia melalui penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan terbaik."

Saya berharap website ini akan berfungsi sebagai medium penghubung antara MPOB dan stakeholder disamping menyediakan gerbang maklumat menyeluruh tentang aktiviti MPOB dan komoditi emas Malaysia.

 

Datuk Dr. Choo Yuen May

Ketua Pengarah MPOB

 
sms-sawit mpob-tv vr-tour fb

Harga-Harga Harian CPO

Pelawat

Visitor :

since May 1,2000

Sub Agencies Gateway

palm-oilis  JOPReconimic-statistics  PORTSIM

PETA LAMAN | BANTUAN  PENAFIANPERLINDUNGAN DATA | KESELAMATAN PENYIMPANAN | DASAR PRIVASI
Email : general@mpob.gov.my | Mobile Web : Auto detect by mobile Hakcipta © Malaysian Palm Oil Board 2010
6, Persiaran Institusi Bandar Baru Bangi | 43000 Kajang Selangor | P.O. Box 10620 | 50720 Kuala Lumpur | Tel: 603-8769 4400 | Fax: 603-8925 9446
Paparan terbaik 1024 x 768 pixel dan keatas, dan sesuai dengan pelayan berikut.
Anda mungkin memerlukan perkara berikut untuk melihat bahagian tertentu dalam portal ini.