mpob.com.cn others-Malay
Bahasa MelayuBahasa Inggeris
w3c
Tarikh Kemaskini :Rabu 18 Januari 2017, 15:09
Pembiayaan Dana RSPO PDF Cetak E-mail
 

 

 
Untuk maklumat lanjut/pertanyaan/cadangan/komen :
  • emel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

 

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DANA ROUNDTABLE ON SUSTAINABLE PALM OIL (RSPO)
UNTUK PEKEBUN KECIL, ESTET DAN KILANG SAWIT DI MALAYSIA
1.  Latar Belakang
Di bawah Belanjawan 2009, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta untuk membiayai aktiviti-aktiviti RSPO. Dana ini bertujuan
  i. Untuk menyokong program komuniti seperti menambah baik sekolah, menyediakan tempat tinggal, hospital dan menaik taraf jalan raya di kawasan ladang; dan
  ii. Untuk menyokong program pemuliharaan seperti meningkatkan biodiversiti di kawasan ladang;
  iii. Untuk pengeluaran minyak sawit mampan
2.  Objektif
Garis panduan ini bertujuan menyediakan mekanisme pelaksanaan Dana RSPO untuk projek-projek pensijilan pekebun kecil, program biodiversiti, pembangunan sosial serta impaknya dan projek alam sekitar.
3.  Skop Dana RSPO
Skop pembiayaian di bawah Dana RSPO meliputi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
i. Program pensijilan untuk pekebun kecil persendirian dan berkelompok (FELDA, FELCRA, RISDA, Kerajaan-kerajaan Negeri) dan ladang;
ii. Program biodiversiti dan alam sekitar (bagi ladang sawit yang baru dan yang ditanam semula) untuk menilai kesan pembangunan dan melaksanakan program bagi mengekal, melindung dan mengurangkan impak penanaman kepada alam sekitar;
iii. Program-program pembangunan sosial;
iv. Aktiviti-aktiviti percetakan, penyebaran maklumat dan penganjuran seminar pensijilan RSPO; dan
v. Lain-lain aktiviti bagi meningkatkan kemapanan pengeluaran minyak sawit oleh pekebun kecil.
4.  Skop Pembiayaan Dana
4.1 Program biodiversiti dan alam sekitar (bagi ladang baru dan tanam semula) untuk menilai kesan pembangunan dan melaksanakan program bagi mengekal, melindungi dan mengurangkan impak kepada alam sekitar meliputi aktiviti-aktiviti berikut:
  4.1.1 Untuk Menggalak Aktiviti Perlindungan Alam Sekitar (termasuk Cadangan Langkah Pengurangan Kerosakan);
   
  • Penilaian Impak Alam sekitar (EIA) bagi kawasan-kawasan yang akan ditanam dengan kelapa sawit. Ini adalah bertujuan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap alam sekitar di sekeliling perladangan sawit agar ia tidak mengganggu pengaliran sungai.
  • Kos untuk melaksanakan penilaian kesan ke atas alam sekitar dan aktiviti pengurangan dan pencegahan pencemaran ini akan bergantung kepada keluasan dan skopnya. Ianya dilaksanakan oleh firma perundingan yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar dan langkah yang diambil merupakan pembinaan struktur fizikal atau mengambil tindakan atau membuat amalan tertentu untuk mencegah pencemaran alam sekitar.
  4.1.2 Spesies Terancam, Jarang Kedapatan dan Hampir Pupus (ERTS)
   
  • Penilaian untuk mengenal pasti sama ada terdapat ERTS di dalam kawasan yang akan dibangunkan dengan kelapa sawit. Senarai ERTS termasuk bunga Rafflesia, harimau, gajah dan orangutan. Langkah-langkah susulan yang boleh diambil termasuk mengekalkan ERTS di kawasan tersebut di dalam ladang atau mengalih untuk mengelakkan daripada kemusnahannya.
      4.1.3 Kawasan Perhilitan Bernilai Tinggi (HCVA)
       
    • HCVA merupakan kawasan-kawasan di mana terdapat binatang atau tumbuhan yang dilindungi atau hampir pupus. Kawasan-kawasan seumpama ini perlu dikenal pasti dan dirizabkan sebagai hutan asal dan dipelihara agar spesies flora dan fauna dapat dikekalkan.
    • Kos bagi mengekalkan kawasan ini bergantung kepada keluasan dan jenis kawasan, binatang atau pokok yang ada.
      4.1.4 Pencegahan Konflik Manusia dan Binatang Liar
       
    • Ladang yang terletak berhampiran dengan hutan akan terdapat kes di mana binatang liar seperti gajah atau harimau yang akan memasuki ladang dan memusnahkan tanaman. Oleh kerana itu, ladang perlu mengadakan kawasan sempadan (buffer zone) dengan menanam pokok di antara hutan dengan ladang supaya binatang liar tidak masuk ke ladang.
      4.1.5 Kajian dan Projek Kepelbagaian Hayat
       
    • Berikutan dari kajian EIA, jika dikenal pasti kawasan hutan yang mempunyai jumlah kepelbagaian spesies yang banyak seperti binatang atau tumbuhan yang perlu lindungi, kawasan berkenaan tidak akan dimajukan tetapi disimpan dan di selenggara supaya kepelbagaian spesis di kawasan tersebut dapat dikekalkan. Kos untuk memelihara kepelbagaian hidupan liar bergantung kepada luar kawasan dan jenis haiwan dan tanaman yang ada.
      4.1.6 Projek Pengurangan Pemendapan Tanah Gambut
       
    • Tanah gambut akan melepaskan karbon apabila dikeringkan. Oleh kerana itu, langkah yang sesuai perlu dikenalpasti untuk mengatasi perkara ini. Pembinaan perparitan bagi mengekalkan paras air bawah tanah serta mengurangkan kemendapkan tanah gambut adalah di antara langkah-langkah terbaik untuk membendung pelepasan karbon. Pembinaan parit dan pengurusan air akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan mengikut keluasan tanah.
    4.2 Penilaian program-program pembangunan social dan impaknya meliputi aktiviti-aktiviti berikut :
      4.2.1 Langkah dan projek mengurangkan kesan impak sosial.
       
    • Projek pembangunan perladangan sawit mungkin akan melibatkan tanah adat dan kaum asli dan pihak ladang perlu mengadakan program atau aktiviti untuk mengurangkan kesan yang menjejas kepentingan mereka dengan memberi pampasan atau pemindahan ke tempat yang sewajarnya. Kos terlibat meliputi mengujudkan jawatan dan pelaksanaan proses penyelesaian tidak termasuk kos pampasan.
      4.2.2 Bekalan air, perubatan, kemudahan pendidikan, kemudahan pengangkutan dan kebajikan pekerja; projek budaya dan agama
       
    • Kebajikan pekerja ladang dan kilang sawit boleh ditingkatkan dengan memberi kemudahan asas yang diperlukan melalui perlaksanaan projek tanggungjawab sosial.
      4.2.3
    Sumbangan kepada komuniti tempatan
       
    • Kemudahan yang disediakan oleh pihak ladang untuk masyarakat berhampiran boleh dinikmati bersama oleh pekerja. Ini termasuklah kemudahan sukan dan kemudahan yang dibina dan boleh dinikmati oleh masyarakat tempatan.
    4.3 Projek yang menyumbangkan kepada alam sekitar dan pengurangan gas rumah hijau (GHG)
     
    • Projek-projek yang boleh mendapat pembayaran memiliki Clean Development Mechanism (CDM) seperti pengumpulan metana dan baja kompos dan sisa buangan sawit (POME) dan lain-lain. Ianya dilakukan oleh kilang kelapa sawit untuk memerangkap gas metana yang dikeluarkan oleh kilang kelapa sawit dari pembuangan kumbahan (Palm Oil Mill Effluent – POME). Di samping itu, projek bagi membuat baja kompos melalui proses composting juga boleh menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas.
    5.  Jumlah Pembiayaan Di Bawah Dana RSPO
    5.1 Program Biodiversiti dan Alam Sekitar
     
      Pembiayaan kajian – maksimum RM10,000 bagi setiap kajian;
          Pembiayaan projek – maksimum RM50, 000 bagi setiap projek.
        5.2 Program-program Pembangunan Sosial
         
        • Pembiayaan program-program pembangunan sosial oleh pekebun kecil – maksimum RM10, 000 bagi setiap projek.
        6.  Prosedur Permohonan

        Semua ahli industri sawit di Malaysia boleh memohon dana RSPO ini untuk melaksanakan persijilan RSPO. Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang dilampirkan. Borang permohonan boleh didapati di laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Board – MPOB): www.mpob.gov.my dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Association – MPOA): www.mpoa.org.my.

        Permohonan akan diproseskan seperti berikut:

        i. Setiap permohonan menggunakan borang permohonan;
        ii. Urusetia MPOB akan memproses setiap permohonan dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Teknikal;
        iii. Jawatankuasa Teknikal akan memproses dan memperakukan setiap permohonan termasuk jumlah geran yang akan ditawarkan kepada Jawatankuasa Induk Dana RSPO;
        iv. Jawatankuasa Induk akan menimbang semua perakuan oleh Jawatankuasa Teknikal dan memberikan keputusan; dan
        v. Jawatankuasa Teknikal akan mengagihkan peruntukkan dan juga memantau dan menyediakan kemajuan projek-projek yang dibiayai kepada Jawatankuasa Induk.
             
        Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan terus kepada:
        KETUA PENGARAH
        LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB),
        NO. 6, PESIARAN INSTITUSI,
        BANDAR BARU BANGI
        43000 KAJANG,
        SELANGOR DARUL EHSAN.

        (u.p.: Wahid Omar, Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Dana RSPO)

        7.  Terma dan Syarat
        i. Skim insentif berkuatkuasa mulai 1 Mei 2009;
        ii. Bagi perladangan, insentif merangkumi kos perlaksanaan projek/aktiviti kemampanan tetapi tidak termasuk kos/yuran pensijilan;
        iii. Bagi pekebun-pekebun kecil, insentif merangkumi kos perlaksanaan projek/aktiviti kemampanan dan juga kos/yuran kumpulan;
        iv. Bayaran secara imbuhan balik akan dibuat apabila perlaksanaan dan pensijilan kawasan yang ditanam telah dijalankan;
        v. Bayaran akan dibuat berdasarkan kepada pengiraan oleh Jawatankuasa Dana RSPO;
        vi. Sekiranya terdapat fakta yang tidak tepat atau perlanggaran terma dan syarat skim ini, Jawatankuasa Dana RSPO berhak untuk meminta dipulangkan balik geran yang telah disediakan dan sekiranya enggan berbuat demikian, tindakan perundangan akan diambil;
        vii. Borang permohonan boleh didapati di laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Board – MPOB): www.mpob.gov.my dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Association – MPOA): www.mpoa.org.my. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan terus ke ibu pejabat MPOB.
         
         
        2016 fb
        2016 twiter 2016 utube
        2016 virtualTour
        2016 smsInfo
        2016 mpobTV
         

        Sub Agencies Gateway

        sustainability 2016 health-facts jopr economicstatistics portsim Jawatan_Kosong 2014_MyOPGP 2015_MSPO 2015_koml 2016 health-facts 2016 nkea 2016 skim-opimis

        Harga-Harga Harian CPO

        Kalendar Acara

        « < January 2017 > »
        S M T W T F S
        1 2 3 4 5 6 7
        8 9 10 11 12 13 14
        15 16 17 18 19 20 21
        22 23 24 25 26 27 28
        29 30 31 1 2 3 4

        Pelawat

        Visitor :

        since May 1,2000

        PETA LAMAN | BANTUAN  PENAFIANPERLINDUNGAN DATA | KESELAMATAN PENYIMPANAN | DASAR PRIVASI
        Email : general@mpob.gov.my | Mobile Web : Auto detect by mobile Hakcipta © Malaysian Palm Oil Board 2010
        6, Persiaran Institusi Bandar Baru Bangi | 43000 Kajang Selangor | P.O. Box 10620 | 50720 Kuala Lumpur | Tel: 603-8769 4400 | Fax: 603-8925 9446
        Paparan terbaik 1024 x 768 pixel dan keatas, dan sesuai dengan pelayan berikut.
        Anda mungkin memerlukan perkara berikut untuk melihat bahagian tertentu dalam portal ini.