Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Cetak

 

  
2019 mspo

Ianya adalah pensijilan yang mengesahkan bahawa produk sawit yang dihasilkan adalah melalui kaedah yang mampan iaitu tidak mencemarkan alam sekitar, menggunakan kaedah yang selamat dan pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP).

Pelaksanaan pensijilan MSPO secara MANDATORI menjelang 31 DISEMBER 2019 oleh industri sawit Malaysia.

MSPO ini bertujuan untuk:

1. Memenuhi matlamat negara ke arah penghasilan produk sawit mampan;

2. Memenuhi permintaan pasaran antarabangsa yang berkehendakkan produk sawit mampan;

3. Memastikan penerimaan minyak sawit Malaysia oleh pasaran global.

Untuk keterangan lanjut, sila muaturun brosur serta penelitian terhadap 10 faedah MSPO.

Bagi Pekebun Kecil Persendirian/Syarikat yang berminat untuk menyertai skim pensijilan MSPO yang dikendalikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), sila muaturun borang yang disediakan.

 


Klik di sini untuk muat turun brosur MSPO 

 Klik di sini untuk muat turun 10 faedah MSPO

 

Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

 

mpoblogo

Organized by:
Malaysian Palm Oil Board
MINISTRY OF PRIMARY INDUSTRIES