mpob.com.cn others-eng
Bahasa MelayuBahasa Inggeris
w3c
Tarikh Kemaskini :Rabu 22 Mei 2013, 07:21
Permohonan Sebagai Panel GPS MPOB PDF Cetak E-mail

Sila baca keterangan di bawah sebelum anda membuat permohonan. 

NOTIS PEMBERITAHUAN

Syarikat pembekal GPS yang berdaftar di Malaysia adalah dipelawa untuk menjadi panel MPOB sebagai pembekal sistem pengurusan dan pengesanan pengalihan minyak sawit menggunakan sistem penentu kedudukan global (GPS).

PELAWAAN KEPADA SYARIKAT PEMBEKAL GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS)
Pembekal GPS adalah dipelawa untuk membekalkan sistem dan peralatan GPS kepada syarikat pengangkutan yang mengalih minyak sawit seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen syarikat pengangkutan. Pembekal GPS yang diiktiraf secara sah sahaja akan dilantik sebagai pembekal MPOB.

LATAR BELAKANG
Hanya syarikat yang dilantik sebagai panel MPOB dibenarkan membekal sistem dan peralatan GPS kepada syarikat pengangkutan yang dilesenkan MPOB bagi mengalih minyak sawit seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pembekal GPS memiliki ‘Fleet Management System';
  2. Syarikat hendaklah berdaftar di Malaysia; dan
  3. Pembekal GPS hendaklah mematuhi spesifikasi minima yang ditetapkan sebagaimana yang dilampirkan dalam borang permohonan.

PENILAIAN DAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

  1. Penilaian MPOB merangkumi lawatan pemeriksaan ke premis operasi dan ujian transmisi data;
  2. Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara bertulis;
  3. Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian perlantikan panel dengan MPOB.

MAKLUMAT DAN KETERANGAN
Untuk mendapat maklumat dan keterangan lanjut sila emel ke Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya atau menghubungi Haji Rasly Bakar / Puan Marrina R. Shahrom / Haji Zulkarnaen Ahmad di talian 03-7802 2800.

Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan sila klik di sini atau terus ke http://161.142.157.51/gpspanel/

 

mpoblogo

Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
 
sms-sawit mpob-tv vr-tour fb

Harga-Harga Harian CPO

Pelawat

Visitor :

since May 1,2000

Sub Agencies Gateway

palm-oilis  JOPReconimic-statistics  PORTSIM

PETA LAMAN | BANTUAN  PENAFIANPERLINDUNGAN DATA | KESELAMATAN PENYIMPANAN | DASAR PRIVASI
Email : general@mpob.gov.my | Mobile Web : Auto detect by mobile Hakcipta © Malaysian Palm Oil Board 2010
6, Persiaran Institusi Bandar Baru Bangi | 43000 Kajang Selangor | P.O. Box 10620 | 50720 Kuala Lumpur | Tel: 603-8769 4400 | Fax: 603-8925 9446
Paparan terbaik 1024 x 768 pixel dan keatas, dan sesuai dengan pelayan berikut.
Anda mungkin memerlukan perkara berikut untuk melihat bahagian tertentu dalam portal ini.