|
Penanaman sawit (Elaeis guineensis Jacq.) telah berkembang
dengan pesatnya pada kebelakangan ini dan kini menduduki
tangga kedua selepas kacang soya sebagai sumber utama
bekalan minyak dan lemak dunia. Dewasa ini, Asia Tenggara
merupakan kawasan terpenting pengeluar minyak sawit
di mana Malaysian merupakan pengeluar dan pengeksport
utama. Artikel ini mengulas pelbagai factor yang telah
membawa sawit kepada kedudukan sekarang termasuk dari
aspek biologi, teknikal, pengurusan, alam sekitar
dan sosio-politik.
Ciri-ciri biologi yang telah dikenall pasti sebagai
kritikal kepada produktiviti tinggi tanaman tersebut
diteliti. Ini termasuk sifatnya yang saka dan sentiasa
hijau (memberikan kanopi penutup sepanjang masa memintas
sebahagian besar radiasi yang mendatang), penghasilan
tandan buah sepanjang tahun dan penyaluran asimilasi
tinggi ke dalam tandan buah.
Aspek saintifik dan pengurusan yang telah menyumbang
kepada kejayaan sawit termasuklah pembaikan genetik
yang signifikan, penghasilan bahan tanaman bermutu
tinggi, pembangunan dan penggunaan amalan agronomi
yang telah dihalusi dan saiz ladang sawit yang sesuai
di samping sistem perladangan yang mantap, R&D
yang berterusan dan sokongan infrastruktur yang baik
yang dikendalikan oleh negara pengeluar utama.
Artikel ini juga mengupas program pembaikan tanaman
melalui penggunaan pembaik baka dan kaedah pemilihan,
pembangunan dan faedah teknik pembiakan tampang melalui
kultur tisu dan usaha yang berjalan untuk menggunakan
teknik molekul dan kejuruteraan genetik bagi pembaikan
dan pengubahan komposisi minyak.
Akhir sekali,, kualiti pemkananan minyak sawit sebagai
satu komponen berkhasiat di dalam makanan dibincangkan.
|