Pengecualian Duti Eksport CPO Print

CADANGAN PEMANTAPAN SKIM  EKSPORT MINYAK SAWIT MENTAH TANPA DUTI EKSPORT BAGI MENGUKUHKAN HARGA MINYAK SAWIT MENTAH

 

Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri  Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1957 bersetuju mengecualikan duti eksport ke atas minyak sawit mentah (Crude Palm Oil-CPO) di bawah kod tariff 1511.10.0000 yang dieksport bagi tempoh 3 bulan mulai 8 Januari sehingga 7 April 2018. Pengecualian duti eksport ini adalah tertakluk kepada ketetapan seperti berikut:

(i) pengecualian duti eksport ini diberi kepada pengeksport CPO yang berlesen dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan lesen masih sah laku  semasa pengeksportan dibuat; dan

(ii) pengecualian duti eksport ini boleh ditamatkan lebih awal daripada tempoh 3 bulan di atas apabila stok CPO sedia ada mencapai paras 1.6 juta tan metrik. MPIC hendaklah sentiasa mengawal dan memantau kedudukan paras stok CPO tersebut secara mingguan dan memaklumkan Kementerian Kewangan bagi membolehkan pengecualian duti eksport ditamatkan serta-merta apabila stok mencapai paras yang ditetapkan.

 

 

 

 

mpoblogo

Malaysian Palm Oil Board
Ministry of Plantation Industries & Commodities, Malaysia