mpob.com.cn others-eng
Malay (Malaysia)English (United Kingdom)
w3c
Last Update :Wednesday 18 January 2017
Pelaksanaan Aktiviti Pelesenan Biobahan Api Di Bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 PDF Print E-mail

PENGENALAN

Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) telah digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai penggunaan mandatori biobahan api, pelesenan aktiviti berkaitan dengan biobahan api dan bagi perkara-perkara yang berkaitan. Akta ini berkuatkuasa pada 1 Ogos 2008, manakala aktiviti pelesenan di bawah Akta tersebut melalui Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pelesenan) 2008 berkuatkuasa pada 1 November 2008.

2. Menurut Seksyen 5, Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666), aktiviti-aktiviti yang perlu dilesenkan adalah seperti berikut:

(a)

Aktiviti pengeluaran biobahan api:

  • membina loji biobahan api atau pengadunan bahan api;

  • mengeluarkan biobahan api; atau

  • mengadun biobahan api dengan bahan api atau biobahan api lain.

 

(b)

Aktiviti perniagaan biobahan api:

  • mengeksport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;

  • mengimport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;

  • mengangkut biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan; atau

  • menyimpan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan.

(

(c)

Aktiviti perkhidmatan biobahan api:

  • mengukur biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain; atau

  • menguji biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain.

3. Di bawah Seksyen 5(3), Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666), seseorang yang menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan biobahan api tanpa lesen yang sah boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN

4. Pada dasarnya, pihak Kerajaan bersetuju menimbangkan pemberian lesen biobahan api secara terhad sehingga 31 Disember 2009, tertakluk kepada pemohon memenuhi syarat-syarat berikut:

(a)

syarikat pemohon, termasuk permohonan baru dikehendaki menunjukkan bukti mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan bahan mentah yang mencukupi untuk beroperasi; dan

(b)

syarikat pemohon ingin menambah kapasiti dan telahpun beroperasi atau memulakan operasi sebelum atau pada 31 Disember 2007; atau

(c)

syarikat pemohon mengeluarkan fitonutrien daripada keluaran sawit dan mengeluarkan metil ester sebagai pengeluaran utama atau pengeluaran sampingan melalui Lesen Pengilang Biobahan Api.

5. Bagi pemegang lesen pengilangan biobahan api sedia ada, semua permohonan dianggap sebagai permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan pembaharuan lesen. Ini adalah selaras dengan Seksyen 56(1), Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666). Menurut Seksyen tersebut juga, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kuat kuasa undang-undang. Sehubungan ini, tarikh tutup permohonan bagi para pemegang lesen pengilangan sedia ada ialah 30 April 2009.

6. Bagi syarikat yang pernah memohon lesen pengilangan biobahan api yang mana pengeluarannya telah dibekukan sejak 29 Jun 2006, mereka perlu memohon semula lesen bagi aktiviti-aktiviti biobahan api sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 5 Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666).

BORANG PERMOHONAN LESEN BIOBAHAN API

7. Borang permohonan lesen biobahan api boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) iaitu www.kppk.gov.my dan juga di laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) iaitu www.mpob.gov.my.

8. Permohonan lesen biobahan api perlu dibuat dengan menggunakan borang yang ditetapkan seperti berikut:

Borang Permohonan Lesen Bagi Kategori Pengeluaran Biobahan Api

-

Membina loji biobahan api/ loji pengadunan

-

Mengeluarkan; atau

-

Mengadun

Borang Permohonan Lesen Bagi Kategori Perniagaan Biobahan Api

-

Mengeksport ;

-

Mengimport ;

-

Mengangkut ; atau

-

Menyimpan

Borang Permohonan Lesen Bagi Kategori Perkhidmatan Biobahan Api

-

Mengukur ; atau

-

Menguji

 

 

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN LESEN BIOBAHAN API

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Pasukan Petugas Pelesenan Biobahan Api
No. 15, Aras 6, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 PUTRAJAYA, MALAYSIA
No. Tel : 03-88878366/ 03-88878368/ 03-88878369
No. Faks : 03-88878373

10. Untuk memudahkan urusan penghantaran borang, terdapat kemudahan tempat letak kenderaan (percuma) bersebelahan dengan bangunan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Peta Lokasi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

11.     Maklumat-maklumat lanjut berkaitan pelesenan biobahan api boleh didapati dengan melayari link berikut:

Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666)

Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pelesenan) 2008

Panduan Permohonan Lesen Biobahan Api Malaysia

 

 

12. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut:

(a)

Cik Low Lai Yoong
No. Tel: 03-88878366
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

(b)

Encik Farihan Mohamad Taib
No. Tel: 03-88878368
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

(c)

Encik Chong Ka Foo
No. Tel: 03-88878369
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

(d)

Encik Mohd Hafiz Zainal Abidin
No. Tel: 03-88878354
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pasukan Petugas Pelesenan Biobahan Api
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
25 Mac 2009

 
2016 fb
2016 twiter 2016 utube
2016 virtualTour
2016 smsInfo
2016 mpobTV
 

Sub Agencies Gateway

sustainability 2016 health-facts jopr economicstatistics portsim Jawatan_Kosong 2014_MyOPGP 2015_MSPO 2015_koml 2016 health-facts 2016 nkea 2016 skim-opimis

Daily CPO Prices

Events Calendar

« < January 2017 > »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Visitors

Visitor :

since May 1,2000

SITEMAP | SUPPORT LINK  DISCLAIMER | DATA PROTECTION | STORAGE SECURITY | SECURITY & PRIVACY POLICY
Email : general@mpob.gov.my | Mobile Web : Auto detect by mobile Copyright © Malaysian Palm Oil Board 2010 
6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor   |   P.O. Box 10620, 50720 Kuala Lumpur  |  Tel: 603-8769 4400  |  Fax: 603-8925 9446
Best Viewed In 1024 x 768 pixel resolutions and above, and compatible with the following browsers:
You may need the followings to view certain areas of the portal: