OPIMIS (Oil Palm Industry Mechanisation Incentive Scheme) Print

2017 opimis

 

 Salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor perladangan sawit negara adalah dengan menawarkan insentif jentera perladangan sawit atau nama singkatannya OPIMIS. Objektif utama OPIMIS adalah untuk menggalakkan penggunaan jentera perladangan sawit, terutamanya aktiviti penuaian dan pengangkutan buah tandan segar. Walaubagaimanapun, mesin atau jentera untuk aktiviti lain seperti penjagaan tanaman dan penyelenggaraan ladang juga turut diberi perhatian.

OPIMIS dilaksanakan dengan mengurangkan harga jentera dan peralatan ladang yang baru sehingga 20% daripada harga jualan supaya pembeli dapat membeli jentera dan peralatan dengan harga yang lebih rendah. Implementasi insentif merupakan projek di bawah RMK11 yang mensasarkan belanjawan tahunan hampir RM1 juta selama lima tahun. Sasaran insentif adalah kepada ladang dan pekebun kecil yang berdaftar serta pengusaha yang menjalankan aktiviti perladangan sawit.

Peningkatan penggunaan jentera ladang sawit secara lebih meluas ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan industri perladangan sawit dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta syarikat perladangan sawit di seluruh negara. Berdasarkan kajian MPOB, penggunaan jentera secara optimum dan cekap dapat meningkatkan produktivit pekerja ladang. Oleh yang demikian, kebergantungan industri perladangan sawit negara kepada pekerja asing boleh dikurangkan .

 

Ketua Pengarah MPOB

 

Panduan dan borang berkaitan:

 

downloadPDF Brochure Opimis (download)

 

 

 

 

 

 

PEMBELI
downloadPDF Panduan Pembeli
downloadPDF Borang Permohonan Pembeli
downloadPDF Senarai Jentera dan Pembekal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PEMBEKAL
downloadPDF Panduan Pembekal
downloadPDF Borang Permohonan Pembekal

 

 

 

 

 

 

 

 

SKIM OPIMIS - CANTAS
downloadPDF Borang Permohonan
Nota: Skim Diskaun Cantas (SKIDIC) kini diletakkan di bawah Skim OPIMIS.

 

 

 

 

 

 

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Penjenteraan Ladang Stesen Penyelidikan Usahasama MPOB/UKM
Jalan Sekolah, Pekan Bangi Lama,
43000 Kajang
Selangor
(u.p.:
Ketua Unit Mekanisasi Ladang)

Tel: 03-89201504
Fax: 03-89261852
E-mail: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

 

 

 

 

 

Managed by:
kppk         

mpoblogo

        NTP logo1