Senarai Panel GPS MPOB & Prosedur Permohonan Sebagai Panel (Kemaskini: 20 April 2017) Print

downloadPDFSenarai Panel GPS MPOB (Kemaskini: 20 April 2017)

 

Sila baca keterangan di bawah sebelum anda membuat permohonan. 

NOTIS PEMBERITAHUAN

Syarikat pembekal GPS yang berdaftar di Malaysia adalah dipelawa untuk menjadi panel MPOB sebagai pembekal sistem pengurusan dan pengesanan pengalihan minyak sawit menggunakan sistem penentu kedudukan global (GPS).

PELAWAAN KEPADA SYARIKAT PEMBEKAL GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS)
Pembekal GPS adalah dipelawa untuk membekalkan sistem dan peralatan GPS kepada syarikat pengangkutan yang mengalih minyak sawit seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen syarikat pengangkutan. Pembekal GPS yang diiktiraf secara sah sahaja akan dilantik sebagai pembekal MPOB.

LATAR BELAKANG
Hanya syarikat yang dilantik sebagai panel MPOB dibenarkan membekal sistem dan peralatan GPS kepada syarikat pengangkutan yang dilesenkan MPOB bagi mengalih minyak sawit seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pembekal GPS memiliki ‘Fleet Management System';
  2. Syarikat hendaklah berdaftar di Malaysia; dan
  3. Pembekal GPS hendaklah mematuhi spesifikasi minima yang ditetapkan sebagaimana yang dilampirkan dalam borang permohonan.

PENILAIAN DAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

  1. Penilaian MPOB merangkumi lawatan pemeriksaan ke premis operasi dan ujian transmisi data;
  2. Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara bertulis;
  3. Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian perlantikan panel dengan MPOB.

MAKLUMAT DAN KETERANGAN
Untuk mendapat maklumat dan keterangan lanjut sila emel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau menghubungi bilik kawalan Sistem Pemantauan Sawit di talian 03-7803 0286/03-7802 2986.

Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan sila klik di sini.

 

mpoblogo

Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Malaysia